Thursday 23 February 2012

10 CARA RASULULLAH s.a.w BERKASIH SAYANG

Salah 1 daripada sunnah Nabi Muhammad s.a.w ialah ROMANTIK...(~,^) sweet kan tajuk kali ni...ISLAM cukup indah bagi mereka yg menghargai nya..
Sifat ini ditunjukkan oleh Rasululluh adalah bertujuan utk mengajar kite bagaimana mahu membina keluarga yg harmoni dan bahagia..Contohi lah cara baginda mengekspresikan kasih sayang baginda terhadap isteri-isterinya

1. TIDUR DALAM 1 SELIMUT
Hadis ini dipetik daripada Atha' bin Yasar. Katanya, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah  biasa tidur bersama-sama dalam satu bejana. Ketika baginda berada dalam 1 selimut dengan Aisyah, tiba-II Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, " Mengapa eangkau bangkit?" Jawabnya, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, " klu begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku. "Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama nabinga," ( hadis riwayat Sa'id bin Manshur).

2. MEMAKAI WANGI-WANGIAN
Aisyah berkata, "sesungguhnya Rasulullah apabila meminyaki badannya baginda memulakan dari auratnya dan menyapu dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyaki bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).


3. MANDI BERSAMA
Daripada Aisyah, beliau berkata. " Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersamaII memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Anu Syaibah).

4. MENYIKAT RAMBUT
Daripada Aisyah, beliau berkata. "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah. saat itu saya sedang hais." ((Hadis riwayat Ahmad)..

5. MEMBANTU ISTERI DI DAPUR
Setiap kali baginda pulang ke rummah dan didapati tiada makanan yang sudah siap dimasak, sambil tersenyum baginda menyising lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


6. MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu baginda mengambil cawan itu dan meletakkan mulut di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu baginda pun menghirupnya.'' (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

7. MEMBELAI ISTERI
Dalam hadis diceritakan, " Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melaikan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga baginda menggilirkan waktunya, lalu baginda bermalam ditempatnya." (Hadis riwayar Ahmad).

8. TIDUR DI PANGKUAN
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Nabi biasa meletakkan kepalanya ke pangkuan walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al_Quran." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq).

9. MEMANGGIL DENGAN KATA-KATA MESRA
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberape nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy dan Humaira' (pipi merah delima).


10. BERJALAN BERPEGANGAN TANGAN
Rasulullah pernah bersabda, "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar dari celah-celah jari mereka. "Rasulullah juga selalu berpegangan tangan bersama Aisyah sewaktu berada di dalam rumah. Selain itu baginda juga sering memotong kuku isteri-isterinya.




No comments:

Post a Comment

Followers